-
sekarang seronok gila hari-hari pasang lagu raya. bangun pagi-pagi sebelum nak buat kuih, kemas rumah bagai, wajib dengar lagu raya dulu supaya semangat raya meluap-luap. baru la feel nak raya.
macam pagi tadi, masa emak saya tengah memanjat kerusi nak bersihkan sawang-sawang,
" kak long, cuba bukak radio. mama nak dengar la lagu raya. baru seronok."
tengok, emak saya lagi lah perlukan lagu raya sebagai pembakar semangat, mana nak buat kuih lagi, nak tukar langsir, masak makanan berbuka, mandikan kucing dan sebagainya. heh. mandikan kucing pun dalam senarai persiapan raya ke? ("-_-)
dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya dato' siti pastinya menjadi pilihan utama di pagi raya. biarlah lagu tu tiap-tiap tahun yang sama pun mesti feel raya tu meresap dalam jiwa terus lepas dengar lagu-lagu siti. ceh padahal minat siti mengaku je lah.
lagu liza hanim tibanya syawal bahagia pun best. rancak-rancak sikit. best. pilihan ini adalah kerana lagunya best, bukan kerana nama penyanyinya yang sama dengan tuan punya blog. sila notice. hehe.
kalau nak lagu raya syahdu meleleh air mata air hidung semua boleh lah dengar lagu dendang perantau. sure yang naik bas malam raya meleleh-leleh air mata darah rasa menyesal kenapa la tak beli tiket awal sikit. namun begitu, nasi sudah menjadi bubur. wani, kau boleh terasa sekarang.
abah saya pula suka lagu raya amy mastura yang tajuknya setahun sekali. dulu saya rasa lagu raya tu biasa-biasa je, tapi sejak tahun lepas, abah saya pasang lagu raya amy mastura ni gila kuat, terus saya rasa syok juga lagu ni.
lagu raya jalil hamid pun best. kelakar. semua yang berkaitan dengan raya. jalan raya, hantu raya, balai raya, puduraya, semua ada dalam lagu tu. teruja je dengar lagu tu. rasa macam nak berjoget kepak-kepak ayam kalau dengar lagu ni.
dah la saya nak gi set ringtone lagu raya. bye.
-
Friday, September 18, 2009
kepada 2 orang itu
-
hoye hoye raya datang lagi!! wah gumbira rasa di hati. punya la lama saya tak hapdet, sampai password pun boleh lupa. terus gelabah ayam nak contact gmail bagai. fuh. naseb baik cubaan try and error ai menjadi. bila sampai rumah baru boleh online. maaf la, kolej kesayangan saya mempunyai tahap kelajuan internet 'berkelajuan cahaya'. tu yang selalu menjadi onak dan duri nak update blog. haha onak dan duri, lama tak guna perkataan ni. macam comel pun ada.
biasa la nak raya ni memang banyak persiapan yang nak dibuat. walaupun saya beraya di kampung halaman di kedah, namun rumah dah kena mekap cantik-cantik dulu baru boleh balik beraya kat kampung. itu syarat mak saya. heh.
baiklah sebagai anak yang baik hati lagi berbudi bahasa, maka saya banyak la menolong apa yang patut. tukar langsir, tolong buat kuih (dan rasa kuih), lap-lap tingkap, bersihkan sawang. tukar kusyen, mop lantai dan yang seangkatan dengannya. panjang betul list kerja yang dibuat. macam bagus je. haha. yelah siapa lagi mahu menolong mak saya kerana 2 orang manusia ini farhana syazwani mohsin (bukan nama sebenar) dan alya mohsin (juga bukan nama sebenar) akan pulang pada malam raya. cet. lagaknya seperti belajar di luar negara pula. ha nak ngelat la tu buat persiapan raya. tak pe tak pe, saya pasti dapat duit raya lebih. haha sudah tua ada lagi ke yang mahu bagi T_T. tolong la bagi duit raya, ini adalah tahun last saya mahu merasa duit raya, lepas ni dah kerja perlu beri duit raya kepada adik-adik pula. ha kamu 2 orang yang balik malam raya pasti seronok membaca ini.
untuk kisah yang lebih tragik, saya tidak dapat tidur lagi selepas sahur memandangkan emak mengajak membuat kuih raya pada pagi-pagi buta. pasti jiran sebelah juga turut terbangun dengan bau harum kuih raya buatansaya emak saya. pasti 2 orang yang balik malam raya itu tidak dapat feel perasaan ini.
okay la saya mahu pergi membakar kuih sambil mendengar lagu raya amy mastura untuk mendapat mood membakar kuih. kepada 2 orang pokemon itu, selamat travel menaiki bas. jumpa mamat kacak jangan lupa kirim salam. sekian.
-
hoye hoye raya datang lagi!! wah gumbira rasa di hati. punya la lama saya tak hapdet, sampai password pun boleh lupa. terus gelabah ayam nak contact gmail bagai. fuh. naseb baik cubaan try and error ai menjadi. bila sampai rumah baru boleh online. maaf la, kolej kesayangan saya mempunyai tahap kelajuan internet 'berkelajuan cahaya'. tu yang selalu menjadi onak dan duri nak update blog. haha onak dan duri, lama tak guna perkataan ni. macam comel pun ada.
biasa la nak raya ni memang banyak persiapan yang nak dibuat. walaupun saya beraya di kampung halaman di kedah, namun rumah dah kena mekap cantik-cantik dulu baru boleh balik beraya kat kampung. itu syarat mak saya. heh.
baiklah sebagai anak yang baik hati lagi berbudi bahasa, maka saya banyak la menolong apa yang patut. tukar langsir, tolong buat kuih (dan rasa kuih), lap-lap tingkap, bersihkan sawang. tukar kusyen, mop lantai dan yang seangkatan dengannya. panjang betul list kerja yang dibuat. macam bagus je. haha. yelah siapa lagi mahu menolong mak saya kerana 2 orang manusia ini farhana syazwani mohsin (bukan nama sebenar) dan alya mohsin (juga bukan nama sebenar) akan pulang pada malam raya. cet. lagaknya seperti belajar di luar negara pula. ha nak ngelat la tu buat persiapan raya. tak pe tak pe, saya pasti dapat duit raya lebih. haha sudah tua ada lagi ke yang mahu bagi T_T. tolong la bagi duit raya, ini adalah tahun last saya mahu merasa duit raya, lepas ni dah kerja perlu beri duit raya kepada adik-adik pula. ha kamu 2 orang yang balik malam raya pasti seronok membaca ini.
untuk kisah yang lebih tragik, saya tidak dapat tidur lagi selepas sahur memandangkan emak mengajak membuat kuih raya pada pagi-pagi buta. pasti jiran sebelah juga turut terbangun dengan bau harum kuih raya buatan
okay la saya mahu pergi membakar kuih sambil mendengar lagu raya amy mastura untuk mendapat mood membakar kuih. kepada 2 orang pokemon itu, selamat travel menaiki bas. jumpa mamat kacak jangan lupa kirim salam. sekian.
-
Labels:
keluarga encik mohsin
Monday, August 24, 2009
selamat hari lahir, budak kicik
semalam 22 ogos merupakan hari lahir kepada adinda (ceh adinda) bongsu saya yang bernama aida syafiqah bt mohsin. umurnya sudah bertambah satu tahun daripada umurnya ketika itu iaitu 7 tahun. jadi berapakah umurnya sekarang? fikir sendiri. heh. cakap macam la ada terlibat operasi pendaraban siti sifir.
memandangkan aida ialah adik yang paling bongsu maka aida agak manja sedikit. wajib setiap ahli keluarga membelikan hadiah untuknya. dan beserta kek sekali jangan lupa. walaupun hari lahirnya tiba pada hari puasa pertama, ia tetap tidak menghalang aida untuk menyambut hari lahirnya dengan kek. oh jangan salah sangka, aida juga berpuasa. heh. bagus kecil2 dah puasa. pandai kakak dia mendidik ("-_-)
kasihan juga dengan aida, beliau masih tidak cekap untuk melihat waktu jam. maka ada lah dalam 18 kali beliau bertanya kepada saya "kak long, lama lagi ke nak buka?". kesian aida. countdown pula. bukan countdown untuk berbuka, tetapi countdown untuk makan kek.
aida, selamat hari lahir ke 8 tahun. sudah besar adik along ni. rajin-rajin baca buku. jangan kerja nak mewarna je. dan bawak2 la basuh selimut busuk tuh (kalau orang lain ada bantal busuk, tapi aida ada selimut busuk). haha.
ini dia gambar birthday girl untuk tatapan rakyat jelata.

eh, salah gambar. tak nampak mukanya.
la, mulut mana?
okay, cun. (haha muka kering abes)
p/s: next week hari lahir adib pula. wah kena beli hadiah lagi. siapa nak share hadiah dengan saya?
Saturday, August 22, 2009
dah lagu yuna, ai buat la suara mcm yuna
semua orang mesti punya suka menyanyi. tak nyanyi depan orang pun, dalam bilik air mesti nak test vocal kan. nak2 pulak lagu tu lagu feberet, mesti la paling2 tak pun tahu nyanyi part chorus nya.
tapi masalah juga kalau orang suka menyanyi ni. mungkin menyanyi bukan masalah besar sangat, tetapi kalau suka menyanyi dan menari dalam masa yang sama, ha itu masalah besar datang.
buktinya, saya takut untuk menaiki kereta yang dipandu oleh kawan saya yang bernama azila. beliau memang mempunyai tabiat suka menyanyi dan menari. kalau la lagu feveret beliau berkumandang di radio, sure punya saya akan kecut perut. nak2 kalau lagu the lucky laki bukan superman tu. kalau boleh semua lirik beliau nak kasi gaya-gaya tersendiri.bayangkan lah stereng ke mana, tangan ke mana. memang peluh seram sejuk keluar.
lagi satu lagu jaiho. kalau boleh beliau nak wat tangan kat atas cam menari bangra tuh. boleh bayangkan tak. tolong la mintak jauh 2 lagu ni kalau dia sedang memandu. haha.
ila jangan marah, nanti cepat tua..haha
kadang-kadang bila kita nyanyi lagu yang kita sedang dengar kat radio, mesti kita nyanyi ada sikit nak tiru suara2 penyanyi asal tu. kalau lagu aizat, suara mesti buat cam aizat. paling tak bleh blah kalau tiru suara yuna. semua orang pun nak wat suara lemak berkrim cam tu. haha. saya dah banyak kali perasan dah ramai orang macam ni.
yang salah nyanyi pun ramai jugak. contohnya ada sorang kawan saya ni nak nyanyi lagu vida. yang lagu phyne ballerz tu. haha confident gila part chorus beliau nyanyi, "viva, kembalikan lah semangatku"...hehe.. intan, viva tu kereta tau..haha, sudah la nyanyi kuat, salah pula tuh.. haha, tak pe, confident itu penting.
abes la pasni saya kena baling lesung batu dengan intan ("-_-)
okay lah, bye.

tanpa label
Friday, August 21, 2009
pakai topeng pun ada cabarannya
minggu-minggu lepas banyak universiti kat malaysia ni yang sibuk dengan konvokesyen masing-masing. macam biasalah kalau ada konvo sure punya ada pesta konvo. yang bestnya nak shopping la kat pesta konvo. gila meroyan saya ngan kawan-kawan semua pergi sana sebab banyak barang jual murah-murah pastu pulak boleh tawar lagi. seronok-seronok. sampai tension makcik pakcik yang menjual tu sebab kitorang bodek minta kurang harga. taktik kenyit mata dah tak berapa nak berkesan sekarang ("-_-). jadi bila dah sakan barang dapat murah, mulalah terjadi perbelanjaan luar kawal. heh alasan.padahal nafsu.
biasalah kalau dah ramai-ramai orang kat pesta konvo tu, protection seperti penutup mulut memang wajib la untuk saya pakai. walaupun kelihatan muka di cermin seperti mahu bertukar menjadi transformers pun, saya akur dek kerana berpegang teguh kepada prinsip hidup mencegah lebih baik dari mengubati. heh.
bagus juga pakai mask ni. banyak juga orang yang saya kenal tidak perasan akan kehadiran saya di sana. maka kejadian kawan-kawan meminta untuk dibelanja makan tidak berlaku. lega.
berbalik kepada maksud asal. pakai penutup mulut ni ada cabarannya. lebih-lebih lagi pakai kat pesta konvo yang mempunyai lautan manusia yang luar biasa. contohnya, masa kami berjalan-jalan memakai topeng muka yang sekali pandang macam sekumpulan transformers, ada yang sengaja datang menghampiri kami dan berpura-pura bersin sekuat hati. tidak berpatutan sungguh. juga ada ketikanya kami disapa 'hai' oleh seseorang dan kemudiannya orang itu bertanya sama ada kami sedang senyum atau tidak. ("-_-)
sudah penat berjalan, wajib la kami beli air untuk menghilangkan dahaga. maka, topeng muka diturunkan sedikit ke paras dagu. habis kalau tak turunkan macam mana nak minum, takkan nak buat lubang kot kat topeng tu. huhu. disebabkan itu, ada yang menegur cara kami memakai topeng sebegitu. mereka bertanya adakah itu style baru memakai topeng. sungguh mahu mencari pasal sungguh manusia itu.
p/s: pakai topeng weh pakai. protection tuh.dah nak puasa ni mana boleh sakit. nanti mulalah cari alasan tak nak puasa sebab nak makan ubat. heh.

Subscribe to:
Posts (Atom)